Bunuh: Tiga lelaki termasuk doktor diarah bela diri, seorang dibebaskan

  • 7 bulan lalu
Bunuh: Tiga lelaki termasuk doktor diarah bela diri, seorang dibebaskan

BERITA MOJO 1 DISEMBER 2023

Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat memerintahkan tiga daripada empat lelaki termasuk seorang doktor membela diri berhubung pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, pada 2019, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan membuat keputusan tersebut terhadap Dr Dharma Danny Ferns, P Vengadesvaran, dan R S Sathya Deepan, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan atas dasar melangkaui keraguan munasabah.

Seorang lagi tertuduh, bekas peniaga kilang kantin, Mohd Hafiz Abdul Kadir, 37, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan berikutan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima fasie terhadapnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637500/berita/semasa/kes-bunuh-3-lelaki-termasuk-doktor-diarah-bela-diri-seorang-dibebaskan

Muzik: Elevate/bensound

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini