Karnival MyPesara: Medan rai pesara, kenali keperluan alam persaraan

  • 7 bulan lalu
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] akan menganjurkan Karnival MyPesara pada 24 dan 25 November ini di Dataran Karnival, Shah Alam.

Karnival tersebut merupakan satu inisiatif kwap untuk meningkatkan kesedaran para pesara juga orang ramai tentang keperluan di alam persaraan di samping meraikan para pesara atas jasa bakti perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan negara.