Hidupkan masjid matlamat utama Thai-Malay Food Festival Madad

  • 7 bulan lalu
Hidupkan masjid matlamat utama Thai-Malay Food Festival Madad

Menghidupkan atau mengimarahkan masjid antara matlamat utama penganjuran Thai-Malay Food Festival di Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang menawarkan lebih 100 jenis makanan popular kepada pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Pengarah Urusan Madad, Mohammad Yaakub Yusra berkata, festival yang berlansung selama 10 hari bermula 16 November lalu itu bukanlah semata-mata mahu menjemput orang merasai pelbagai jenis makanan berkenaan sebaliknya memperkenalkan masjid sebagai pusat komuniti setempat.

Menurutnya, pelbagai kemudahan lain disediakan selain fungsi sebagai rumah ibadat, Madad telah mewujudkan ekosistem melalui penganjuran sukan memanah, berkuda, hotel kapsul, maahad tahfiz, pembinaan rumah kucing dan rumah kahwin serta lain-lain sekali gus menarik perhatian lebih ramai pengunjung memanfaatkan inisiatif tersebut.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635882/edisi/utara/festival-makan-hidupkan-masjid

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #MojoLive #Masjid #FestivalMakan #FoodFestival #Madad