Umat Islam mampu menekan rejim Zionis dengan boikot - Tun M

  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 20 NOVEMBER 2023

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kuasa boikot umat Islam seluruh dunia dianggarkan berjumlah 1.7 bilion terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.

Beliau berkata, seandainya tidak semua umat Islam memboikot sekali pun dan hanya segelintir berbuat demikian ia juga sudah mampu untuk membuka mata Israel.

"Kita perlu tolak (semua barangan buatan Israel) dan mesti berusaha sedaya upaya untuk 'mendera' orang Israel ini kerana kejahatan mereka," katanya.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa