Program Pengedaran Barang Perlu bantu kawal harga tujuh barangan di pedalaman

AWANI

oleh AWANI

7 tontonan
Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming (Program Penyeragaman Harga) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman membeli tujuh (7) barang keperluan.

"Program ini dilaksanakan bagi menampung kos pengangkutan membawa tujuh barangan bersubsidi (kawalan) iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol dan diesel.

"Dari pembekal ke kawasan-kawasan pedalaman enam negeri iaitu Sabah, Sabah, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang," kata Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.