Konflik Palestin-Israel: Sistem neonatal Gaza terjejas

  • 8 bulan lalu
Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah dengan bahan api, bekalan makanan, air dan elektrik semakin terputus.

Menurut Pegawai Kanan PBB, jumlah kematian kini melebihi 7,300 mangsa.

Pada masa sama, Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), turut mendedahkan lebih 50 ribu wanita mengandung terperangkap dalam konflik tersebut dan kira-kira 5,500 wanita akan melahirkan bayi dalam tempoh 30 hari akan datang.

#IsraelCuak

Disyorkan