#QuranHour For Gaza tetap bergema walau akses ‘live’ disekat

  • 9 bulan lalu
#QuranHour For Gaza tetap bergema walau akses ‘live’ disekat

BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2023

Program #QuranHour For Gaza tetap berlangsung dengan jayanya walaupun berdepan dengan cabaran apabila akses ‘live’ disekat Facebook sebaik sahaja program itu berlangsung selama 10 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pihaknya telah menjangkakan perkara itu, namun bersyukur kerana mempunyai alternatif lain dengan menggunakan saluran YouTube.

Program #QuranHour For Gaza itu adalah anjuran bersama WUIF dan MyAqsa Defenders dalam mengangkat nilai kemanusiaan sejagat berpandukan solusi Surah Al-Insan dan tujuh Surah Musabbihat sebagai panduan perjuangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630774/khas/wacanaquran/quranhour-for-gaza-tetap-bergema-walau-akses-live-disekat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #gaza #Palestin #QuranHourForGaza