All Blacks mara ke separuh akhir, ranapkan impian Ireland

  • 8 bulan lalu
All Blacks mara ke separuh akhir Piala Dunia Ragbi 2023 selepas menewaskan Ireland 28-24 dalam perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stade De France awal pagi Ahad.

Kemenangan itu meranapkan hasrat pasukan yang menduduki ranking nombor satu dunia ketika ini untuk beraksi ke pentas final.