ZIANA ZAIN JAWAB SOALAN CEPU EMAS

  • 8 bulan lalu
ZIANA ZAIN JAWAB SOALAN CEPU EMAS

MEMASUKI separuh abad usia, figura seni yang mendapat jolokan Ratu Pop berada dalam kelas tersendiri.

Keunggulan vokal anak seni bernama Siti Roziana Zain atau Ziana Zain itu cukup mantap. Jadi, tidak hairanlah beliau mampu bertahan sehingga pada saat ini.

Penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai Voice Of Asia 1995 itu berkongsi pandangan bersama SinarPlus berkenaan sisi peribadinya pada satu pertemuan baru-baru ini.

Semua sedia maklum, Ziana memegang status ibu tunggal kepada empat cahaya mata sejak empat tahun lalu.

Berbeza dengan segelintir selebriti memilih untuk mendedahkan aib pasangan apabila berlaku pergaduhan atau penceraian, namun Ziana sebaliknya. Apakah yang membuatkan beliau enggan kisah dalam selimutnya dijaja dalam media sosial?

Selain itu, apa pula pandangan anak kelahiran Merlimau, Melaka itu apabila sesetengah orang menganggap wanita cantik tidak semestinya bahagia?

Selusuri impian pelantun Setiaku Di Sini tatkala diminta berkongsi perjalanan hidupnya andai tidak lagi bergelar pelakon atau penyanyi.

Apakah yang beliau akan lakukan atau masih adakah impian lain yang ingin direalisasikan empunya diri?

Ketahui segala jawapan untuk persoalan di atas menerusi video pendek ini. Selamat menonton!

Personaliti: SITI ROZIANA ZAIN (@iamzianazain)
Teks/video: : ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)

#zianazain #ziana #selebriti #penyanyi #SinarPlus