Lelaki rempuh anggota JPJ di SJR didenda RM5,000

  • 8 bulan lalu
Lelaki rempuh anggota JPJ di SJR didenda RM5,000

BERITA MOJO 21 SEPTEMBER 2023

Penunggang motosikal yang tular merempuh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan jalan raya (SJR) Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Port Dickson pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa dan turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

Artikel berkaitan: https://bitly.ws/VhsF

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #MojoLIve #SinarTerkini