Wee dicabar bekas AJK Pusat bagi jawatan presiden

  • 9 bulan lalu
Datuk Seri Wee Ka Siong akan dicabar bekas ahli Jawatankuasa Pusat MCA Tan Chong Seng bagi merebut jawatan presiden dalam pemilihan parti pada 24 September ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Isnin, Wee yang merupakan penyandang presiden MCA berkata ia menunjukkan proses demokrasi kekal subur dalam parti itu.