Wanita PKR gesa Sanusi mohon maaf pukul kepala wanita

  • 11 bulan lalu
Wanita PKR gesa Sanusi mohon maaf pukul kepala wanita

BERITA SEMASA 22 OGOS 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor digesa membuat permohonan maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak menghormati mana-mana wanita.

Pengarah Komunikasi Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Noraini Nordin berkata, walaupun Sanusi menjelaskan tindakannya mengetuk kepala seorang wanita muda dengan kertas adalah sekadar bergurau, tetapi perbuatannya itu tetap salah daripada segi adab.

Menurutnya, Sanusi seolah-olah meremehkan maruah wanita apatah lagi tindakan dibuat terhadap seseorang wanita yang sudah dewasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/275018/berita/politik/gurau-pukul-kepala-wanita-pkr-gesa-sanusi-mohon-maaf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusi #Politik

Disyorkan