Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

  • 10 bulan lalu
Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Mojo Live 19 Ogos 2023

Proses bedah siasat 10 mangsa terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam telah selesai dijalankan pada malam Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sedang dijalankan.

Katanya, urusan pengecaman jenazah turut dijalankan melibatkan rekod cap jari dan pergigian.

Menurutnya, waris diminta bersabar dalam menunggu proses yang dijalankan ini kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274555/berita/semasa/nahas-elmina-proses-bedah-siasat-semua-mangsa-selesai

#MojoLive #SinarHarian