Seni Batik Anak Muda
Batik sememangnya sudah terkenal sebagai salah satu bidang kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia di mana penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya negeri Kelantan dan Terengganu, yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan yang tinggi mutu ciptaan dan reka coraknya melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang unik dan kreatif.
Kini, batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, malah ia turut digemari dan popular di kalangan pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negara. Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah batik blok, batik skrin, dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular kini ialah batik canting.
Ikuti kisah Aina Fareha, seorang pengusaha batik canting yang bergiat aktif dalam menjalankan perusahaan batik canting di ibu kota.
#CeritaOrangKita
#Sinarplus
#cantingbatik
#batik
SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news

Category
🦄
Creativity