[TERKINI] Dewan Rakyat maklum kekosongan kerusi Parlimen Pulai kepada SPR

  • 10 bulan lalu
Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya tersebut bahawa ada kekosongan.