PRK Kuala Terengganu serentak PRN enam negeri

  • 11 bulan lalu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan iaitu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos.