Tragedi Lubuk Yu:Angkara Cik Ti-lapan maut terkena virus dikatakan misteri selepas terbabit operasi mencari mangsa lemas

  • 11 bulan lalu
Air Terjun Lubuk Yu di Maran, Pahang, pernah digemparkan dengan kematian berturut-turut enam penduduk kampung dan seorang anggota bomba yang menyertai operasi mencari seorang mangsa lemas.

Kematian mereka menimbulkan tanda-tanya kerana penyakit mereka pada masa itu belum dapat dikenal pasti dan ini mendatangkan misteri.

Sehingga pelbagai andaian timbul dan ramai yang mengaitkan dengan kejadian mistik kononnya Lubuk Yu itu berpuaka.Tetapi kematian mereka bukan sebab lemas kerana ia didapati angkara Cik Ti. Siapa Cik Ti?

Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penjelasan Ketua Biro Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan wartawan yang membuat liputan kes ini 13 tahun lalu ketika bertugas di Pahang dalam Deadline! Episod 5 bersama hos Zaitie Satibi.