Korea Selatan mansuh pengiraan umur tradisional

  • tahun lalu
Korea Selatan akan memansuhkan kaedah pengiraan umur sedia ada dan menerima pakai piawaian antarabangsa baharu yang bakal menyaksikan pengurangan umur seseorang sebanyak satu atau dua tahun pada dokumen rasmi.

Memetik laporan portal NBC News, sejak awal tahun 1960-an, negara itu menggunakan norma antarabangsa dalam pengiraan iaitu berusia setahun semasa lahir selepas mengira usia dalam kandungan.
Sebelum ini, bayi yang lahir pada 31 Disember akan berumur dua tahun keesokan harinya.

Disyorkan