Ikon permotoran antara 284 ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

  • tahun lalu
Seorang pempengaruh media sosial yang juga ikon permotoran antara 284 individu yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan motosikal sempena Hari Raya Aidiladha di Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah bermula jam 11 malam Rabu hingga 4 pagi Khamis.

Lelaki berusia 23 tahun yang menetap di Kuala Lumpur itu juga pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan tidak memiliki lesen.