Pemandu maut selepas treler terjunam ke dalam gaung

  • tahun lalu
Seorang pemandu treler maut selepas lori yang dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di KM 43.3 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.00 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Taiping, perak menghala ke Terengganu membawa muatan pasir putih.

Disyorkan