Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 lelaki bebas tuduhan

  • 11 bulan lalu
Mahkamah majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, lima tahun lalu.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.