[TERKINI] Isu penggunaan kalimah Allah dibawa ke MKI pada Ogos

  • tahun lalu
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes Jil Ireland di Mahkamah Rayuan baru-baru ini. Melibatkan isu penggunaan kalimah Allah.

Dalam perbincangan itu, Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah menyuarakan pandangan Baginda yang telah dipersetujui Yang di-Pertuan Agong...

...bahawa perkara ini perlu dibawa terlebih dahulu kepada MKI untuk dibincangkan selaras dengan fungsi mki yang bertanggungjawab menasihatkan Raja-Raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus agama Islam di peringkat persekutuan.

Disyorkan