Abang sado baju merah direman tiga hari

  • tahun lalu
Abang sado baju merah direman tiga hari

BERITA SEMASA 7 JUN 2023

Lelaki berbadan tegap yang tular dalam rakaman memukul kepala dan mengugut seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah, Perak direman selama tiga hari, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Perintah reman bermula Rabu sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Majistret Tapah.

Lelaki berusia 29 tahun terbabit hadir sekitar jam 8.35 pagi berpakaian lokap warna ungu dengan tangan bergari dan diiringi anggota polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 dan 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah dan perbuatan mengaibkan kehormatan.

Artikel: https://go.sinar.la/3oKdfKO

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian