'Sanusi pemimpin berbahaya' - Guan Eng

  • tahun lalu
BULETIN TIKTOK 1 JUN 2023

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan sebagai seorang pemimpin berbahaya kerana sering kali mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun Datuk Seri Muhammad Sanusi sedar dengan kesalahannya namun, demi kepentingan politik, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan hasutan demikian untuk menakut-nakutkan rakyat.