KJ sengaja hasut, cuba raih populariti - Razlan

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyelar kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang meramalkan sebahagian penyokong parti itu akan memberi undi kepada calon Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya nanti.

Beliau mendakwa perbuatan tersebut merupakan permainan daripada Khairy yang sengaja mengapi-apikan orang ramai selain berniat menghasut demi mencari populariti.

Pada Isnin, Khairy Jamaluddin meramalkan sebahagian penyokong parti itu akan memberi undi kepada calon PN sebagai tanda tidak setuju dengan permintaan MKT, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Disyorkan