[TERKINI] Keputusan SPM diumum 8 Jun 2023

  • tahun lalu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.