Percepatkan rangkaian 5G sama-rata untuk semua termasuk PPR - Mahasiswa

  • tahun lalu
Mahasiswa Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik, Tan Wei Siang berkata rangkaian 5G perlu disambungkan secara sama-rata ke seluruh negara. Katanya, dalam konteks Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika ini, akses internet masih menggusarkan sehingga menjejaskan proses pembelajaran.