Tuaran & Utara KK bakal terima tambahan air pada Ogos

  • tahun lalu
Shahelmy menegaskan Projek Loji Rawatan Air Telibong Dua yang dijangka mula beroperasi pada Ogos tahun ini bakal membekalkan tambahan air sebanyak 20 hingga 30 juta liter sehari kepada daerah Tuaran dan kawasan Utara Kota Kinabalu.

Projek yang sepatutnya siap pada bulan Jun tahun ini itu terpaksa dianjak tempoh pembinaannya ke depan atas masalah mekanikal dan kerja-kerja elektrik.