Kerajaan arah siasat laporan Malaysia rugi RM4.5 trilion akibat rasuah

  • tahun lalu
Kerajaan telah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung laporan bahawa malaysia berdepan kerugian mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan umum telah dikeluarkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat perkara tersebut mengikut lunas perundangan.

Setakat ini kerajaan masih belum dapat mengenal pasti jumlah keseluruhan kerugian, seperti yang dilapor oleh Emir Research mencecah RM4.5 trilion.

Disyorkan