Akibat selisih faham, pelajar dibelasah senior

  • tahun lalu
BERITA TIKTOK 12 MEI

Hanya kerana perselisihan faham seorang pelajar Tingkatan Tiga ditumbuk dan diterajang oleh sekumpulan pelajar senior di Trek Motocross Bukit Mar Mar, Kemensah, Ampang Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, mangsa juga diugut akan disiku di bahagian muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera sekolah terbabit.