Bayaran gaji di Malaysia masih tidak setimpal

  • tahun lalu
Bayaran gaji kepada pekerja di negara ini dilihat masih tidak setimpal dan menjadi kemusykilan meskipun sudah memasuki fasa negara sedang membangun.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia Datuk Mohamed Shafie BP Mammal meluahkan rasa kecewa melihat situasi yang masih membelenggu rata-rata pekerja di negara ini.

Mohamed Shafie berkata demikian di program Pantau Agenda Reformasi pada Isnin.