[TERKINI] Dua warga Malaysia di Sudan dibawa ke kawasan selamat

  • tahun lalu
Perkembangan terkini konflik di Sudan.

Ini kenyataan Menteri Luar Dr. Zambry Abd Kadir.

Setelah membuat penilaian yang mendalam dan dengan mandat daripada pasukan khas Wisma Putra, pegawai Kedutaan Besar di Khartoum telah berjaya membawa keluar dua (2) rakyat Malaysia dari tempat mereka ke lokasi selamat. Dalam operasi berkenaan, pegawai kita turut membantu membawa dua (2) warga Kanada, satu (1) warga Amerika Syarikat dan dua (2) warga United Kingdom (UK) dari kawasan berkenaan.