MAG rekod untung bersih suku keempat tertinggi dalam dua dekad

  • tahun lalu
Malaysia Aviation Group (MAG) mencatatkan keuntungan operasi bersih sebanyak RM556 juta bagi tahun kewangan 2022, manakala kerugian bersih selepas faedah dan cukai untuk tahun ini berkurangan 79 peratus ke RM344 juta daripada RM1.65 bilion yang disaksikan semasa tahun sebelum ini. Pada akhir 31 Disember 2022, baki tunai MAG berjumlah RM4.6 bilion. Keputusan suku keempat merupkan salah satu prestasi suku terbaiknya dalam dua dekad lepas.