120 individu ditahan, RM3.3 juta bunga api mercun dirampas - PDRM

  • tahun lalu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 120 individu atas kesalahan melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Polis Malaysia menerusi satu kenyataan pada Ahad. Selain menahan individu, turut dirampas bunga api dan mercun berjumlah lebih RM3.3 juta.