Tidak papar harga jelas antara kesalahan dikesan

  • tahun lalu
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN mula melakukan pemantauan secara holistik di hentian rehat dan rawat, R & R terpilih menerusi Op Pantau yang dilaksanakan sejak 23 Mac hingga 21 April 2023.

Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam, hasil tinjauan Op Pantau yang dilakukan bersama penguatkuasa KPDN Selangor di R&R susur keluar Plaza Tol Sungai Buloh mendapati, pihaknya membuat teguran terhadap sesetengah peniaga yang menggunakan tanda harga yang tidak jelas.