AGC bantah permohonan semakan kehakiman Zuraida

  • tahun lalu
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Datuk Zuraida Kamaruddin mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sah.

Peguam Persekutuan M. Kogilambigai dalam hujahnya, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pertikaian dalam PBM adalah perkara dalaman untuk diselesaikan pihak terlibat.

Ujarnya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu kerana klausa penyingkiran di bawah seksyen 18C dalam Akta Pertubuhan 1966.

Disyorkan