Ancaman gajah liar terus cetus ketakutan
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 6 APRIL 2023

Pekebun di Kampung Pinang, Pedu, Kedah hidup dalam ketakutan berikutan serangan gajah liar yang berterusan sejak lima bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Penduduk mendakwa kumpulan gajah liar itu bertindak menolak pintu pagar kebun tersebut sehingga tumbang dan memusnahkan sebahagian hasil tanaman mereka.

Berikutan itu, penduduk kini menanggung kerugian besar akibat kemusnahan pelbagai jenis tanaman, selain bimbang ancaman keselamatan mereka.

Artikel:https://go.sinar.la/417uB1p

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian