[TERKINI] Ringgit diniagakan kukuh hari ini

  • tahun lalu
Ringgit diniagakan mengukuh pada akhir sesi urus niaga selasa berikutan penyusutan dolar Amerika Syarikat susulan jangkaan prospek kadar faedah lebih perlahan di negara maju itu serta di peringkat global.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4020/4065 berbanding dolar Amerika daripada 4.4175/4195, semalam.