Sejumlah pegawai perubatan murung, tidak mahu pergi kerja - MMA

  • tahun lalu
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathurai berkata terdapat sejumlah doktor yang menghidap kelesuan, kemurungan dan isu kesihatan mental sehingga perlu merujuk kepada psikiatri akibat beban kerja yang terlalu banyak. Oleh yang demikian, pihak mencadangkan agar sistem serahan tugas dilaksanakan agar doktor boleh pulang mengikut masa ditetapkan dan penjagaan pesakit dapat diteruskan oleh pegawai syif berikutnya dengan baik.