Jual air buah RM1 sebungkus sepanjang Ramadan

  • tahun lalu
Jual air buah RM1 sebungkus sepanjang Ramadan

BERITA SEMASA 2 APRIL 2023

Meskipun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah, seorang peniaga dari Kok Lanas, Kota Bharu tampil berani dengan menjual pelbagai jenis air buah dengan harga RM1 sebungkus sepanjang Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Hamizon Ismail, 47, berkata, walaupun hanya memperoleh untung kecil berbanding peniaga lain, namun dia tetap gembira dapat menawarkan pilihan air seperti kelapa, tembikai, mangga dan teh bunga kekwa kepada pelanggan.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, setiap hari dia berjaya menjual lebih 100 bungkus air buah.

Artikel https://bit.ly/3ZCuvxPberkaitan:

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian