• last year
Boleh ke ibu yang menyusukan anak berpuasa?

Bulan Ramadan sudah bermula. Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak pertama, pasti timbul pelbagai persoalan di fikiran tentang kewajipan puasa. Hati setulusnya meyakini dan ingin meneruskan puasa namun ada yang bimbang tentang pengeluaran susu badan yang mungkin merudum atau keadaan diri menjadi penat dan lesu jika berpuasa.

Namun, dalam masa yang sama, tidak pasti jika mereka dibolehkan tidak berpuasa. Jika meninggalkan puasa, bagaimana pula?

Dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan kali ini, Ustaz Dai’ Fuad Mokhtar menjawab persoalan ini.

#soaljawabedisiramadan
#SinarIslamPlus

Recommended