Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Sabah menyasarkan 2.2 juta kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri itu pada tahun ini, selari dengan pelancaran slogan baharu bagi destinasi pelancongan Sabah iaitu ‘Feel Sabah, North Borneo’.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata dalam mencapai sasaran itu, pihaknya menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.