Ringgit dijangka alami lebih banyak ketaktentuan minggu ini

AWANI

oleh AWANI

1 tontonan
Ringgit dijangka mengalami lebih banyak ketaktentuan minggu depan menjelang mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 9 Mac.

Ketua Ekonomi Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mesyuarat MPC akan datang bakal menjadi acara penting kerana pasaran ingin melihat penilaian terhadap kewangan terkini daripada bank pusat itu.