Perkembangan banjir di Johor setakat 6 pagi

  • tahun lalu
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada lebih 34,000 setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Menurut portal info bencana JKM, seramai 34,719 orang daripada 9,709 keluarga ditempatkan di 285 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.

Di Johor, seramai 31,668 orang daripada 8,835 keluarga kini ditempatkan di 239 PPS di semua 10 daerah.