[INFOGRAFIK] Belanjawan 2023

  • tahun lalu
Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lepas.