Terkejut video cium tular, Ameerul Asyraf takut keluarga pandang serong… “Semua orang buat silap”

  • tahun lalu
PELAKON Ameerul Asyraf mengakui penyebaran video aksi sumbang di kelab malam baru-baru ini telah mencalarkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Menerusi temubual eksklusif program #Ceritera mStar, Ameerul, 32, terkejut apabila video lama itu tersebar di media sosial dan memberi kesan negatif terhadap dirinya.

Selain menanggung malu kerana klip tular itu, Ameerul berkata dia terpaksa menebalkan muka menjelaskan kepada ibu bapanya mengenai kejadian itu.

“Saya kena kuatkan diri berdepan benda tak cantik macam ini.

“Saya sangat baik dengan famili, saya takut mereka pandang serong. Lagi pula saya anak pertama… macam mana kalau adik-adik, saudara mara tengok video tular itu. Apa reaksi mereka?” katanya kepada mStar.

Ditanya status hubungannya dengan wanita yang memuat naik video berkenaan, Ameerul berkata mereka hanya berkawan.

Disyorkan