UiTM | Gabungan FKPM dengan FSKM dibatalkan

  • tahun lalu
Penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dibatalkan.

Demikian jelas Persatuan Alumni Masscomm UiTM dalam satu kenyataan media pada Isnin. Jelas persatuan itu, keputusan terbabit dibuat Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar dalam satu mesyuarat bersama pada pagi Isnin.