• last year
DIKRITIK kerana berpakaian ketat dan bertudung singkat ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), penyanyi Nabila Razali tampil membuat memohon maaf dan mengakui kesilapan itu datang daripada dirinya.

Mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku, Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata dia akan lebih berhati-hati memilih busana selepas ini kerana dirinya sering menjadi perhatian media dan peminat.

“Bella mengaku salah Bella, sedih sebenarnya... Macam mana pun Bella tetap salah, Bella minta maaf kalau ada yang mungkin secara tidak langsung menguris hati sesiapa.

“Selepas ini Bella akan lebih berhati-hati untuk memilih busana yang Bella akan gayakan pada majlis-majlis yang Bella akan pergi,” katanya kepada mStar.

Tambah Nabila, setiap kritikan daripada semua pihak membuatkan dia terus kuat dan berjaya sehingga hari ini.

“Bella percaya dengan adanya tulang belakang yang kuat, peminat, keluarga, kawan dan rakan media itu yang membuatkan kita kuat.

“Sekali kita masuk ke dalam industri, kita dah jadi sebagai seorang public figure... kita kena bersedia dari apa segala kemungkinan,” katanya.

Category

People

Recommended