Israk & Mikraj | PM Anwar seru rakyat perbaharui tekad

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk memperbaharui tekad serta menginsafi pengajaran daripada pengalaman junjungan Baginda Nabi Muhammad Saw untuk bangkit lebih bertenaga memulihkan maruah serta meningkatkan martabat dan harakat rakyat.

Sempena Israk dan Mikraj, Anwar mengenang kembali peristiwa Agung Permusafiran Ruhaniyyah yang dihadiahi Allah Swt kepada kekasihnya tatkala sedang diuji berat dengan pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.