NRECC | Laksana siasatan kenal pasti punca aliran puing di Bentong

  • tahun lalu
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan melaksanakan siasatan geologi bagi mengenal pasti punca kejadian aliran puing di kawasan Kampung Baru Bukit Tinggi, Bentong, Pahang pada 12 Feb lalu.

NRECC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tinjauan awal mendapati aliran puing yang terdiri daripada campuran air, tanah dan bongkah batuan menjadi sebab limpahan air berlumpur di kawasan berkenaan.